Mata Melihat, Hati Membaca, Mulut Terdiam, Tangan Meng 'Scroll' Tetikus..

Monday, December 24, 2012

Makanan Yang Baik


Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk menarik & menghembuskan nafas kita hari ini.  Walaupun ianya hanya satu pinjaman kepada kita, setiap saat dan setiap umur itu sebenarnya tersangat lah berharga dalam hidup kita.  Tak payah lah nak sia-sia kan macam tu je ~~~ 
So, kat sini, untuk pembacaan semua dan untuk peringatan diri sendiri jugak.  Time2 tengah baik ni, apa salahnya kita berkongsi ilmu ye dak?? (walaupun di situ kelihatan saya agak poyos -- abaikan je)  Dan mungkin disebabkan saya ni menjual makanan, nak kongsi juga info pasal pemilihan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita.  Yang paling penting dan tersangatlah penting itu ialah, mestilah memilih makanan yang HALAL.  So, kat sini, jangan lah nak risau.  Semua nya halal-halal belaka dan terjamin dari segi kebersihannya (sbb saya pun cukup cerewet pasal kebersihan).  Jangan nak merepek lelebih, jangan nak membebel lelebih jugak, korang semua boleh baca diam2 eh isi-isi penting yang ingin disampaikan tu:

(Sebelum tu, nak ingatkan..  Jangan lupa, sedekah2 kan lah makanan untuk ikan belaan saya kat sebelah ni.  Kesian dia makanan dah abis)

*********************************************************************************

KEWAJIPAN UMAT ISLAM PRIHATIN SEMASA MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN 

1·         CARA PRIHATIN:
·        Sedar bahawa Allah sentiasa tahu semua yang dilakukan oleh makhluknya
·        Mengamalkan makan, minum, dan pakai untuk ibadat dan tujuan mendapat pahala
·        Berbangga dengan hasil titik peluh sendiri 
·        Menanamkan sifat bangga dengan peraturan agama Islam adalah yang terbaik dan terlengkap

2.       CIRI-CIRI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DENGAN YANG HARAM
·         baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan
·         tidak merosakkan akal
·         menutup aurat bagi pakaian
·         dari sumber yang halal seperti melalui jual beli yang sah / tanaman sendiri dll

3.       HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK.
·        Menjaga kesihatan badan
·        Memelihara kewarasan akal
·        Menjaga maruah diri
·        Dimakbulkan doa

4.       HUBUNGAN MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN DENGAN IBADAT
·        Punca sahnya ibadat
·        Doa mudah diterima
·        Tidak menyalahi undang-undang

5.       KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
         Syarat :
·        Hanya terdapat  makan atau minuman yang haram sahaja
·        Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
·        Makan atau minum bukan untuk kenyang

6.       HIKMAH KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
·        Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
·        Memberi kelonggaran ketika dharurat kepada umat Islam untuk mnyelamatkan nyawa
·        Melambangkan bahawa ajaran islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya

7.       MENGENALPASTI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM
·        Mengetahui sumber
·        Mengetahui batas-batas syarak yang telah ditetapkan

8.       SEBAB UMAT ISLAM PERLU MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL
·        Menjaga maruah agama supaya diakui yang terbaik oleh agama lain
·        Umat Islam akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap masa
·        Umat islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi
·        Supaya ibadah-ibadah lain mudah diterima oleh Allah

9.       HIKMAH MENJAUHI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HARAM
·        Ibadah mudah diterima
·        Menjaga kesihatan dari perkara-perkara yang merosakkan dan memudharatkan.

0 comments:

Post a Comment