Mata Melihat, Hati Membaca, Mulut Terdiam, Tangan Meng 'Scroll' Tetikus..

Sunday, December 30, 2012

New Year 2013 promotion

Kepada semua pengunjung blog So Good Taste :)
Sempena menyambut tahun baru 2013, ada "good news" ni.  Mulai 01/01/2013 ~ 13/01/2013, So Good Taste menawarkan pakej pembelian CREPE sebanyak 3 Set (flavour = durian + blueberry + strawberry) dengan harga hanya RM25 sahaja (Normal Price = RM30).  Tak rasa rugi kan? Bukan itu sahaja.  Dengan pembelian 3 Set ni, anda juga berpeluang mendapatkan free Fruit Jelly..  Erm...Nyummy!!!  Memang berbaloi2...  Berminat?  Cepat..jangan tunggu lama2 lagi.  Selamat  Meng "ORDER" semua. 


Monday, December 24, 2012

Makanan Yang Baik


Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk menarik & menghembuskan nafas kita hari ini.  Walaupun ianya hanya satu pinjaman kepada kita, setiap saat dan setiap umur itu sebenarnya tersangat lah berharga dalam hidup kita.  Tak payah lah nak sia-sia kan macam tu je ~~~ 
So, kat sini, untuk pembacaan semua dan untuk peringatan diri sendiri jugak.  Time2 tengah baik ni, apa salahnya kita berkongsi ilmu ye dak?? (walaupun di situ kelihatan saya agak poyos -- abaikan je)  Dan mungkin disebabkan saya ni menjual makanan, nak kongsi juga info pasal pemilihan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita.  Yang paling penting dan tersangatlah penting itu ialah, mestilah memilih makanan yang HALAL.  So, kat sini, jangan lah nak risau.  Semua nya halal-halal belaka dan terjamin dari segi kebersihannya (sbb saya pun cukup cerewet pasal kebersihan).  Jangan nak merepek lelebih, jangan nak membebel lelebih jugak, korang semua boleh baca diam2 eh isi-isi penting yang ingin disampaikan tu:

(Sebelum tu, nak ingatkan..  Jangan lupa, sedekah2 kan lah makanan untuk ikan belaan saya kat sebelah ni.  Kesian dia makanan dah abis)

*********************************************************************************

KEWAJIPAN UMAT ISLAM PRIHATIN SEMASA MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN 

1·         CARA PRIHATIN:
·        Sedar bahawa Allah sentiasa tahu semua yang dilakukan oleh makhluknya
·        Mengamalkan makan, minum, dan pakai untuk ibadat dan tujuan mendapat pahala
·        Berbangga dengan hasil titik peluh sendiri 
·        Menanamkan sifat bangga dengan peraturan agama Islam adalah yang terbaik dan terlengkap

2.       CIRI-CIRI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DENGAN YANG HARAM
·         baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan
·         tidak merosakkan akal
·         menutup aurat bagi pakaian
·         dari sumber yang halal seperti melalui jual beli yang sah / tanaman sendiri dll

3.       HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK.
·        Menjaga kesihatan badan
·        Memelihara kewarasan akal
·        Menjaga maruah diri
·        Dimakbulkan doa

4.       HUBUNGAN MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN DENGAN IBADAT
·        Punca sahnya ibadat
·        Doa mudah diterima
·        Tidak menyalahi undang-undang

5.       KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
         Syarat :
·        Hanya terdapat  makan atau minuman yang haram sahaja
·        Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
·        Makan atau minum bukan untuk kenyang

6.       HIKMAH KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
·        Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
·        Memberi kelonggaran ketika dharurat kepada umat Islam untuk mnyelamatkan nyawa
·        Melambangkan bahawa ajaran islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya

7.       MENGENALPASTI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM
·        Mengetahui sumber
·        Mengetahui batas-batas syarak yang telah ditetapkan

8.       SEBAB UMAT ISLAM PERLU MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL
·        Menjaga maruah agama supaya diakui yang terbaik oleh agama lain
·        Umat Islam akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap masa
·        Umat islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi
·        Supaya ibadah-ibadah lain mudah diterima oleh Allah

9.       HIKMAH MENJAUHI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HARAM
·        Ibadah mudah diterima
·        Menjaga kesihatan dari perkara-perkara yang merosakkan dan memudharatkan.

Sunday, December 23, 2012

Pavlova Time

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pengunjung blog So Good Taste.


Ha, ni nak tunjuk ni.  Meh sini bulatkan mata besar2, Nganga kan mulut anda (jangan sampai meleleh air liur).  Pavlova ni, order dari customer "Kuala Langat".  Alhamdulillah..  So, pic ni hanya untuk tatapan semua followers. Yelah, tatapan je sebab tak boleh nak makan.  Nak makan?? Ha, pe lagi.  Meh order.  Hik hik hik..  Tentang harga jangan risau, berpatutan.




Amacam?  Meriah kan dengan buah nye yg Nyummy3!!!!  Pastu baik punya shot saya amik (walaupun hakikatnya, camera woman tak bertauliah)..  Tu nak adjust punya lah kecoh dengan kakak kesayangan saya tu.  Kitorang memang, pantang jumpa.  Boleh bergema seisi rumah.  Cakap banyak pun tak guna.  Kena cuba baru tau.  So, dialu alukan kepada semua untuk menempah "homemade" saya nie.  Jangan ragu atau segan ye.  Sekian...  



(Dari sudut pandangan plan)







Saturday, December 22, 2012

Order Lagi, Lagi & Lagi..

Assalamualaikum pengunjung blog So Good Taste.. (T.Q & T.Q sebab sudi jenguk)

Alhamdulilllah sangat2..  Dan semestinya rasa kesyukuran tu hanya pada DIA sahaja.  Hari demi hari, So Good Taste mendapat sambutan yg baik..  Terharu giler~~~  Order semakin galak.  Dan semestinya "Crepe" adalah main order yg paling digemari..  Maklum jelah, kan sekarang ni "top" sangat dgn crepe ni kemana-mana je..  Mau tak terliur kalau tengok.  Korang terliur jugak ke?? Ha, meh sini.. Psst...pssst....pssst!!!  Mai lah order..  Jangan risau, InsyaAllah tak mengecewakan (pergh!! crazy punya promote).



(Crepe strawberry yg siap untuk delivery..Rasanya!!!  Mmg ummph -- walaupun terpaksa angkat bakul sendiri)


Ha, amacam??  Teringin tak?  Siap ada corak2 lagi.. Itu baru permulaan.  Expert pun xsangat untuk mencoraknya.  Tapi la ni, dh crazy terer. Untuk customer jugak. Mestilah saya nak buat yg terbaik. Walaupun kadang2 terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan order.  Tak kisah lah, yg penting puas hati, & hasil air tangan tu berkat. 




Ha, gambo atas tu order untuk orang "Dubai".  Memang kelako tau bila fikirkan untuk menyiapkannya.  Ini jugak 1st order paling banyak yg saya terima + order dari Malaysia = (xxx Pcs).  Mau xmenggelabah. Tapi tu dulu, n tu yg jadi kenangan sweet-sweet saya tu.  Sekarang ni dah boleh handle lah.  Pape pun, memang "Terima kasih + sayang sangat" kat incik kekasih halal saya (suami) yg sanggup tolong sampai pukul 5 pagi.  Maka, terjadilah "mata panda" kitorang.  Dan alhamdulillah tempahan dapat disiapkan dengan jayanya. Semua dah pun selamat sampai ke tangan "pengorder".  

Ok, kepada semua yg ada diluar2 sana, yang jadi follower blog yg xseberapa nak comel ni, kalau ada sesiapa yg nak mencuba hasil buatan tangan saya ni, meh sini.  Jangan segan silu nak sms / call / pm / ppe jelah yg sewaktu dengannya ke nombor : 016-3022731 / 019-6994099.  Bukan crepe je yg ada. Lain2 pun ada.  Nak tau apa list-list nya :


Selamat Meninjau, Menengok, Membaca, Meng "Order" & Selamat-selamat semuanya.. Insyaallah.










Tuesday, December 11, 2012

It Just Beginning ~~~

It Just Beginning ~~~ Itulah yg ada dalam kepala otak sy sekarang.. Bukan mudah nak melakukan sesuatu yg baru, yg kita masih belum tahu selok beloknya.  Itulah sy sekarang. Niat hati (yg penuh semangat konon) untuk memulakan bisnes "bakery" atau kukus mengukus dengan jayanya.. hahaha... Tapi sy percaya, dengan adanya semangat dan keyakinan yg jitu (ayat skema dh keluar), Insyaallah hasilnya tak kan mengecewakan. Biasalah, kita ni kan sentiasa perlu bermula dari bawah.  Dan mungkin, dalam tempoh masa 3-4 bulan, segalanya dh boleh berjalan lancar selancar lancar dengan lancarnya.. Insyaallah.. 

Memanglah.. Susah nak rasa puas hati utk percubaan yg pertama dan mungkin yg kedua juga. Lagi2 bila terkena pd org yg mcm sy ni a.k.a "terer giler".  Tapi lama kelamaan, ianya bisa diatur seyh. Ok lah.. ckp panjang pun xguna. Lain lah kalau cerita pasal resepi, jualan, kek and so on.. Xdelah boring sgt kot. Blurrr je.. Pape pun, hati ini sentiasa berdoa semoga setiap apa yg dilakukan ada keberkatannya.. Bila sesuatu kerja tu berkat, hasilnya pun memuaskan. Iye dok? kecek mano muh ni.. APTB.. Ok..di sini sy nak memperkenalkan tempahan-tempahan yg boleh dibuat di "SO GOOD TASTE" ni.  Senarai-senarainya adalah: 

1. Crepe (Perisa boleh didapati)
  • Durian @ Doyan @ Dui yan
  • Strawberry
  • Kiwi
  • Mangga
  • Anggur
  • Pisang (Pelik? tapi benar.. nak tau rasanya, cubalah..)
  • Blueberry

2. Karamel 
  • Puding Karamel
  • Kek Karamel (Paddle Pop --> Yeah!!)
  • Puding Roti Karamel
  • Puding Karamel Lapis Coklat
  • Karamel Coklat Moist

3. Kek
  • Coklat Lava Kek (Yg ni mmg menarik.. Siap ada coklat cair di dalamnya yg boleh mengalir dengan manjanya.. Nyummy!!!)
  • Kek Keju (Atau nama yg lebih dikenali "Cheese Cake")
  • Kek Batik (Kek yg disalut dgn kain batik = Tipu jer)

4. Oreo
  • Puding Oreo
  • Puding Cheese Oreo

5. Pavlova (Topping: Strawberry, Kiwi, Orange)

6. Apam Polkadot

7. Puding Roti Sos Berkastad

8. Fruit Jelly

P/S *** Lain-lain makanan (xtau nk sebut apa. Yg pasti mmg semua itu makanan --> perut kenyang) klu ada yg baru akan diberitahu. 

Sunday, December 09, 2012

Crepe Durian !!!




Yummies....tu la perkataan pertama yang keluar dari mulutku...Tak sangka percubaan kali pertama membuahkan hasil yang lumayan...semalam banyak order masuk dan banyak la juga kerja yang kena diselesaikan....Nasib baik Encik Hubby datang menolong.... You are my HEROES.....Love you so Much....Oklah...ni langkah pertama aku untuk mengorak langkah sebagai Pembuat Pencuci Mulut sepenuh masa....hehehe...Thanks Encik Hubby for your support untuk segala aspek....Baiklah....sampai sini saja nukilan dan aku akan sentiasa meng'update' blog ni supaya tidak bersawang....And to all my followers yang berminat untuk mencuba dessert yang saya sediakan kunjungilah Facebook saya untuk keterangan lanjut...