
Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk menarik & menghembuskan nafas kita hari ini. Walaupun ianya hanya satu pinjaman kepada kita, setiap saat dan setiap umur itu sebenarnya tersangat lah berharga dalam hidup kita. Tak payah lah nak sia-sia kan macam tu je ~~~
So, kat sini, untuk pembacaan semua dan untuk peringatan diri sendiri jugak. Time2 tengah baik ni, apa salahnya kita berkongsi ilmu ye dak?? (walaupun di situ kelihatan saya agak poyos -- abaikan je) Dan mungkin disebabkan saya ni menjual makanan, nak kongsi juga info pasal pemilihan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita. Yang paling penting dan tersangatlah penting itu ialah, mestilah memilih makanan yang HALAL. So, kat sini, jangan lah nak risau. Semua nya halal-halal belaka dan terjamin dari segi kebersihannya (sbb saya pun cukup cerewet pasal kebersihan). Jangan nak merepek lelebih, jangan nak membebel lelebih jugak, korang semua boleh baca diam2 eh isi-isi penting yang ingin disampaikan tu:
(Sebelum tu, nak ingatkan.. Jangan lupa, sedekah2 kan lah makanan untuk ikan belaan saya kat sebelah ni. Kesian dia makanan dah abis)
(Sebelum tu, nak ingatkan.. Jangan lupa, sedekah2 kan lah makanan untuk ikan belaan saya kat sebelah ni. Kesian dia makanan dah abis)
*********************************************************************************
KEWAJIPAN UMAT ISLAM
PRIHATIN SEMASA MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN
1· CARA
PRIHATIN:
· Sedar bahawa Allah sentiasa tahu semua yang dilakukan oleh
makhluknya
·
Mengamalkan makan, minum, dan pakai untuk ibadat dan tujuan
mendapat pahala
·
Berbangga dengan hasil titik peluh sendiri
· Menanamkan sifat bangga dengan peraturan agama Islam adalah yang
terbaik dan terlengkap
2. CIRI-CIRI MAKANAN,
MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DENGAN YANG HARAM
· baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan
· tidak merosakkan akal
· menutup aurat bagi pakaian
· dari sumber yang halal seperti melalui jual beli yang sah /
tanaman sendiri dll
3. HIKMAH MEMILIH
MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK.
·
Menjaga kesihatan badan
·
Memelihara kewarasan akal
·
Menjaga maruah diri
·
Dimakbulkan doa
4. HUBUNGAN MAKANAN,
MINUMAN DAN PAKAIAN DENGAN IBADAT
· Punca sahnya ibadat
· Doa mudah diterima
· Tidak menyalahi undang-undang
5. KELONGGARAN UNTUK
MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
Syarat :
·
Hanya terdapat makan atau minuman yang haram sahaja
·
Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
·
Makan atau minum bukan untuk kenyang
6. HIKMAH KELONGGARAN
UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
·
Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang
berharga
·
Memberi kelonggaran ketika dharurat kepada umat Islam untuk
mnyelamatkan nyawa
·
Melambangkan bahawa ajaran islam tidak membebankan bahkan
memudahkan umatnya
7. MENGENALPASTI
MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM
·
Mengetahui sumber
·
Mengetahui batas-batas syarak yang telah ditetapkan
8. SEBAB UMAT ISLAM
PERLU MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL
·
Menjaga maruah agama supaya diakui yang terbaik oleh agama lain
·
Umat Islam akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap
masa
·
Umat islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi
·
Supaya ibadah-ibadah lain mudah diterima oleh Allah
9. HIKMAH MENJAUHI
MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HARAM
·
Ibadah mudah diterima
·
Menjaga kesihatan dari perkara-perkara yang merosakkan dan memudharatkan.
0 comments:
Post a Comment